Coming event

SILA RUJUK JADUAL TAZKIRAH BULAN RAMADHAN DIDALAM BLOG KALENDAR

Calendar Activiti Surau

Tuesday, August 18, 2009

Kenduri Menyambut Puasa Surau Al-Islah

Setelah lebih sebulan perancangan dibuat sekali lagi acara tahunan surau Al-Islah ini berjalan dengan jayanya. Ianya diadakan pada hari sabtu 15hb Ogos 2009. Sekali lagi tahniah kepada semua penduduk Kulim Square. Komitmen daripada semua penduduk amatlah dihargai dan semoga berterusan selama-lamanya.
Aktiviti bermula seawal jam 7:00 pagi untuk proses penyembelihan lembu. Tepat jam 8:30 pagi segala kerja-kerja melapah, memotong daging and mencincang tulang selesai. Kemudian kerja-kerja memasak dimulakan. Menu masakan hari kenduri ialah Nasi Minyak Daging Rebus, Air Asam, Gulai Tulang/Perut dan sedikit gulai ikan (untuk yang tak makan daging). Proses memasak banyak dibantu oleh pihak Muslimat yang bertungkus-lumus dari awal pagi seperti mengupas bawang dan sebagainya















Pada jam 1:00 tengahari semua juadah siap tersedia. Para tetamu mula memasuki perkarangan surau Kulim Square. Seperti yang ditetapkan didalam mesyuarat sebelumnya sebanyak 60 bungkus nasi/lauk akan diserahkan ke Rumah Anak Yatim Al-Wadi. Pada tepat jam 1:30 tengahari seramai 45 orang pelajar Sekolah Agama Penanti selamat tiba. Upacara makan tengahari dihentikan untuk memberi laluan kepada Solat jemaah Zohor dan bacaan Tahlil. Selepas itu jamuan makan diteruskan sehingga petang. Dianggarkan seramai 300 orang menghadiri kenduri ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah yang bertajuk "Persiapan dibulan Ramadhan" yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Ikmal Hafiz bin Azmi. Sekalung tahniah kepada semua penduduk Kulim Sqaure yang menjayakan majlis kenduri ini. Sememangnya aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi silaturahhim dikalangan ahli jemaah. Bagi pihak Jawatan Kuasa surau, mengucapkan jutaan terimakasih kepada para penduduk yang tidak putus-putus menghulurkan tenaga fizikal dan wang ringgit itu manjayakan program ini. Semoga segala sumbangan Tuan/Puan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.










Thursday, August 13, 2009

Projek Wakaf Menambahbaikan Suaru Al-Islah

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya Surau Al-Islah berjaya menyiapkan projek menambahbaikan sempena menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak 2009.

Antara ubahsuai yang telah berjaya disiapkan;
1. Pemasangan Mosek Beranda Surau (24 kaki x 26 kaki) : RM1620
2. Kolah Ambik Wuduk (9 kaki x 5 kaki x 2.5 kaki ) : RM3300
3. Awning Tempat ambil Wuduk (18 kaki x 16 kaki x RM6.00) : RM1700
4. Membaiki Tandas lelaki : RM1000 (anggaran asal RM2000)
5. Pengadang saff perempuan : RM600
6. Longkang Tepi kolah and konkrit lantai : RM500
Jumlah Keseluruhan RM8720

Permasangan Mosek Kiri dan Kanan beranda terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan dana.

Jumlah Dana
1. Tabung Surau : RM3150
2. Duit Wakaf Surau : RM4240
Jumlah : RM7390

Baki RM1330. Ditanggung dengan sumbangan ikhlas daripada Teratai Gateway

Pihak AJK surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada projek ni. Terutamanya kepada Teratai Gateway (Abang Li), Pernderma, Penwakaf dan seluruh warga Kulim Square. Semoga segala usaha kita di berkati oleh Allah S.W.T

Aktiviti Surau Bulan Ogos / Ramadhan

Kenduri Sempena Menyambut Ramadhan

Tarikh: 15th Aug 2009
Masa: 12:00 Tengahari

Disebelah paginya akan diadakan gotong-royong menyembih lembu dan memasak selepas itu. Semua penduduk Taman dijemput hadir.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP