Coming event

SILA RUJUK JADUAL TAZKIRAH BULAN RAMADHAN DIDALAM BLOG KALENDAR

Calendar Activiti Surau

Tuesday, August 18, 2009

Kenduri Menyambut Puasa Surau Al-Islah

Setelah lebih sebulan perancangan dibuat sekali lagi acara tahunan surau Al-Islah ini berjalan dengan jayanya. Ianya diadakan pada hari sabtu 15hb Ogos 2009. Sekali lagi tahniah kepada semua penduduk Kulim Square. Komitmen daripada semua penduduk amatlah dihargai dan semoga berterusan selama-lamanya.
Aktiviti bermula seawal jam 7:00 pagi untuk proses penyembelihan lembu. Tepat jam 8:30 pagi segala kerja-kerja melapah, memotong daging and mencincang tulang selesai. Kemudian kerja-kerja memasak dimulakan. Menu masakan hari kenduri ialah Nasi Minyak Daging Rebus, Air Asam, Gulai Tulang/Perut dan sedikit gulai ikan (untuk yang tak makan daging). Proses memasak banyak dibantu oleh pihak Muslimat yang bertungkus-lumus dari awal pagi seperti mengupas bawang dan sebagainya















Pada jam 1:00 tengahari semua juadah siap tersedia. Para tetamu mula memasuki perkarangan surau Kulim Square. Seperti yang ditetapkan didalam mesyuarat sebelumnya sebanyak 60 bungkus nasi/lauk akan diserahkan ke Rumah Anak Yatim Al-Wadi. Pada tepat jam 1:30 tengahari seramai 45 orang pelajar Sekolah Agama Penanti selamat tiba. Upacara makan tengahari dihentikan untuk memberi laluan kepada Solat jemaah Zohor dan bacaan Tahlil. Selepas itu jamuan makan diteruskan sehingga petang. Dianggarkan seramai 300 orang menghadiri kenduri ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah yang bertajuk "Persiapan dibulan Ramadhan" yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Ikmal Hafiz bin Azmi. Sekalung tahniah kepada semua penduduk Kulim Sqaure yang menjayakan majlis kenduri ini. Sememangnya aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi silaturahhim dikalangan ahli jemaah. Bagi pihak Jawatan Kuasa surau, mengucapkan jutaan terimakasih kepada para penduduk yang tidak putus-putus menghulurkan tenaga fizikal dan wang ringgit itu manjayakan program ini. Semoga segala sumbangan Tuan/Puan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.










No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP