Coming event

SILA RUJUK JADUAL TAZKIRAH BULAN RAMADHAN DIDALAM BLOG KALENDAR

Calendar Activiti Surau

Wednesday, November 4, 2009

Aktiviti Surau Dibulan Ramadhan dan Syawal




Sepuluh jari memohon ampun kepada para pembaca kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Disini dinyatakan serba ringkas mengenai aktiviti semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

Sepanjang bulan Ramadhan sembahyang Terawih berjalan dengan suasana yang agak selesa. Ini disebabkan oleh projek pembesaran surau yang berjaya disiapkan sebelum menjelang Ramadhan. Pihak surau juga telah berjaya mendapatkan 2 orang tahfiz daripada Kemboja untuk megimankan Solat Terawih. Tahun ini juga tidak kurang 20 taskirah telah berjaya disampaikan oleh pentaskirah. Tidak juga lupa kepada Majlis Berbuka Puasa yang sentiasa dipenuhi oleh ahli jemaah. Pada tahun ini juga diadakan acara mengacau bubur lambuk yang mana ianya ditaja oleh Maggi.

1 Syawal merupakan detik sejarah buat Surau Al-Islah kerana julung-julung kalinya surau berjaya mengadakan Solat Sunat Aidil Fitri. Surau penuh sesak dengan anak kariah dan juga sanak saudara masing-masing. Pihak AJK Surau bercadang hendak mengadakan Solat Sunat ini setiap tahun. Tidak kurang hebatnya pada malam hari raya itu sendiri, dimana Takbir rumah ke rumah berjalan dengan jayanya. Jemaah surau berjaya bertakbir di lebih kurang 20 biji rumah yang mana ianya berakhir pada jam 1:00pagi.

Pada hari ahad 18hb Oktober bersamaan 29 Syawal 1430 hijrah, surau Al-Islah telah mengadakan jamuan Hari Raya. Dengan idea yang berbeza AJK surau berjaya mendapatkan 4 gerai (Satay, Cendol, Laksa, Char Ko Teow) dan juga menu wajib Hari Raya iaitu lemang & ketupat. Diangarkan seramai 300 ke 400 anak kariah hadir pada majlis tersebut.

Disini saya sertakan gambar Jamuan Hari Raya....minta maaf kerana tidak dapat menyertakan gambar sembahyang sunat Aidil Fitri. Akan sertakan di posting yang akan datang.

P/S: Sembelihan Korban Hari Raya Aidil Adha akan diadakan pada 28hb Nov 2009 (sabtu). Semua Anak kariah dijemput hadir.




No comments:

Post a Comment

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP