Coming event

SILA RUJUK JADUAL TAZKIRAH BULAN RAMADHAN DIDALAM BLOG KALENDAR

Calendar Activiti Surau

Wednesday, November 4, 2009

Aktiviti Surau Dibulan Ramadhan dan Syawal




Sepuluh jari memohon ampun kepada para pembaca kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Disini dinyatakan serba ringkas mengenai aktiviti semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

Sepanjang bulan Ramadhan sembahyang Terawih berjalan dengan suasana yang agak selesa. Ini disebabkan oleh projek pembesaran surau yang berjaya disiapkan sebelum menjelang Ramadhan. Pihak surau juga telah berjaya mendapatkan 2 orang tahfiz daripada Kemboja untuk megimankan Solat Terawih. Tahun ini juga tidak kurang 20 taskirah telah berjaya disampaikan oleh pentaskirah. Tidak juga lupa kepada Majlis Berbuka Puasa yang sentiasa dipenuhi oleh ahli jemaah. Pada tahun ini juga diadakan acara mengacau bubur lambuk yang mana ianya ditaja oleh Maggi.

1 Syawal merupakan detik sejarah buat Surau Al-Islah kerana julung-julung kalinya surau berjaya mengadakan Solat Sunat Aidil Fitri. Surau penuh sesak dengan anak kariah dan juga sanak saudara masing-masing. Pihak AJK Surau bercadang hendak mengadakan Solat Sunat ini setiap tahun. Tidak kurang hebatnya pada malam hari raya itu sendiri, dimana Takbir rumah ke rumah berjalan dengan jayanya. Jemaah surau berjaya bertakbir di lebih kurang 20 biji rumah yang mana ianya berakhir pada jam 1:00pagi.

Pada hari ahad 18hb Oktober bersamaan 29 Syawal 1430 hijrah, surau Al-Islah telah mengadakan jamuan Hari Raya. Dengan idea yang berbeza AJK surau berjaya mendapatkan 4 gerai (Satay, Cendol, Laksa, Char Ko Teow) dan juga menu wajib Hari Raya iaitu lemang & ketupat. Diangarkan seramai 300 ke 400 anak kariah hadir pada majlis tersebut.

Disini saya sertakan gambar Jamuan Hari Raya....minta maaf kerana tidak dapat menyertakan gambar sembahyang sunat Aidil Fitri. Akan sertakan di posting yang akan datang.

P/S: Sembelihan Korban Hari Raya Aidil Adha akan diadakan pada 28hb Nov 2009 (sabtu). Semua Anak kariah dijemput hadir.




Tuesday, August 18, 2009

Kenduri Menyambut Puasa Surau Al-Islah

Setelah lebih sebulan perancangan dibuat sekali lagi acara tahunan surau Al-Islah ini berjalan dengan jayanya. Ianya diadakan pada hari sabtu 15hb Ogos 2009. Sekali lagi tahniah kepada semua penduduk Kulim Square. Komitmen daripada semua penduduk amatlah dihargai dan semoga berterusan selama-lamanya.
Aktiviti bermula seawal jam 7:00 pagi untuk proses penyembelihan lembu. Tepat jam 8:30 pagi segala kerja-kerja melapah, memotong daging and mencincang tulang selesai. Kemudian kerja-kerja memasak dimulakan. Menu masakan hari kenduri ialah Nasi Minyak Daging Rebus, Air Asam, Gulai Tulang/Perut dan sedikit gulai ikan (untuk yang tak makan daging). Proses memasak banyak dibantu oleh pihak Muslimat yang bertungkus-lumus dari awal pagi seperti mengupas bawang dan sebagainya















Pada jam 1:00 tengahari semua juadah siap tersedia. Para tetamu mula memasuki perkarangan surau Kulim Square. Seperti yang ditetapkan didalam mesyuarat sebelumnya sebanyak 60 bungkus nasi/lauk akan diserahkan ke Rumah Anak Yatim Al-Wadi. Pada tepat jam 1:30 tengahari seramai 45 orang pelajar Sekolah Agama Penanti selamat tiba. Upacara makan tengahari dihentikan untuk memberi laluan kepada Solat jemaah Zohor dan bacaan Tahlil. Selepas itu jamuan makan diteruskan sehingga petang. Dianggarkan seramai 300 orang menghadiri kenduri ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan Ceramah yang bertajuk "Persiapan dibulan Ramadhan" yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Ikmal Hafiz bin Azmi. Sekalung tahniah kepada semua penduduk Kulim Sqaure yang menjayakan majlis kenduri ini. Sememangnya aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi silaturahhim dikalangan ahli jemaah. Bagi pihak Jawatan Kuasa surau, mengucapkan jutaan terimakasih kepada para penduduk yang tidak putus-putus menghulurkan tenaga fizikal dan wang ringgit itu manjayakan program ini. Semoga segala sumbangan Tuan/Puan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.










Thursday, August 13, 2009

Projek Wakaf Menambahbaikan Suaru Al-Islah

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya Surau Al-Islah berjaya menyiapkan projek menambahbaikan sempena menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak 2009.

Antara ubahsuai yang telah berjaya disiapkan;
1. Pemasangan Mosek Beranda Surau (24 kaki x 26 kaki) : RM1620
2. Kolah Ambik Wuduk (9 kaki x 5 kaki x 2.5 kaki ) : RM3300
3. Awning Tempat ambil Wuduk (18 kaki x 16 kaki x RM6.00) : RM1700
4. Membaiki Tandas lelaki : RM1000 (anggaran asal RM2000)
5. Pengadang saff perempuan : RM600
6. Longkang Tepi kolah and konkrit lantai : RM500
Jumlah Keseluruhan RM8720

Permasangan Mosek Kiri dan Kanan beranda terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan dana.

Jumlah Dana
1. Tabung Surau : RM3150
2. Duit Wakaf Surau : RM4240
Jumlah : RM7390

Baki RM1330. Ditanggung dengan sumbangan ikhlas daripada Teratai Gateway

Pihak AJK surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada projek ni. Terutamanya kepada Teratai Gateway (Abang Li), Pernderma, Penwakaf dan seluruh warga Kulim Square. Semoga segala usaha kita di berkati oleh Allah S.W.T

Aktiviti Surau Bulan Ogos / Ramadhan

Kenduri Sempena Menyambut Ramadhan

Tarikh: 15th Aug 2009
Masa: 12:00 Tengahari

Disebelah paginya akan diadakan gotong-royong menyembih lembu dan memasak selepas itu. Semua penduduk Taman dijemput hadir.

Tuesday, June 30, 2009

PROJEK PENAMBAHBAIKAN SURAU AL-ISLAH

Mesyuarat AJK Surau Al-Islah telah diadakan pada 5 .6 2009 telah memutuskan dan bersetuju untuk membuat penambahan dan pembaikan surau seperti berikut:-
a) Pemasangan mosek diberanda surau
b) Pembinaan kolah untuk mengambil wuduk
c) Penambahan awning untuk tempat mengambil wuduk dan kolah
d) Memperbaiki tandas lelaki
e) Memasang mosek dibahagian kiri dan kanan surau

Tujuan projek ini adalah untuk memberi keselesaan kepada jemaah surau yang semakin bertambah dan sempena menyambut bulan Ramadan 1430 yang bakal tiba. Pihak AJK Al-Islah juga mengalu-alukan sesiapa yang berkemampuan untuk membuat wakaf serta bersedekah untuk membeli saham-saham akhirat


Bahagian beranda surau yang telah siap


Kolah yang telah siap tetapi tanpa awning


Anggaran perbelanjaan untuk projek ini ialah sebanyak RM9,719.00. Setakat hari ini tabung surau telah mengeluarkan sebanyak RM3,150.00 manakala sumbangan /wakaf dari orang perseorangan/hamba Allah sebanyak RM 2, 350.00. Ini tidak termasuk nilai mosek di bahagian beranda surau kerana telah di wakafkan oleh seseorang. Baki lebih kurang RM4,219.00 di perlukan untuk menyiapkan semua projek.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada mana-mana AJK surau Al-Islah atau kepada Pengurus Projek iaitu En. Rosli Bin Hamid ( 019-4471221) dan Bendahari Surau (Nor Izham - 016-4548070) ATAU Dimasukkan terus ke akaun Bank Muamalat , akaun no. 0203-0008401-72-2 atau cek berpalang diatas nama Jawatankuasa Surau Al-Islah Kulim Square.

Marilah kita bersama-sama menjayakan usaha murni ini supaya dapat menampung keperluan jemaah kita, serta dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna. Insyaallah. Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan mendapat keberkatan dan pembalasan yang setimpal dari ALLAH SWT.

Wednesday, June 17, 2009

Sukaneka - Tahniah Kepada Biro Muslimat Surau Al-Islah

Pada jam 8:30 pagi, 13hb Jun 2009 yang lalu Biro Muslimat telah mengadakan satu lagi majlis tahunan bagi penduduk Islam Kulim Square iaitu SUKANEKA. Seperti selalu majlis sukaneka disambut baik oleh semua dengan penyertaan seramai ~40 keluarga. Dianggarkan lebih 100 ahli penduduk Kulim Sqaure hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.



Sebanyak 4 acara telah disediakan untuk anak-anak dan ia dibahagikan kepada 2 peringkat umur - 7 ke 9 tahun dan 10 ke 13 tahun. Antara acara2nya ialah 1) Naik Basikal Lambat 2) Cari coklat dalam tepung 3) Tiup belon dan 4) Penuhkan air dalam botol. Tidak lupa juga acara untuk kaum ibu dan bapa, yang tak lain dan tak bukan - kerusi beirama




Acara pemberian hadiah dan cabutan bertuah ialah acara terakhir yang ditunggu-tuggukan oleh semua. Grand prize nya ialah kipas angin dan yang bertuah medapatkanyaialah Pak Long Tot dan Cikgu Non.

Akhir sekali sekalung TAHNIAH untuk Jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis ini dan juga anak-anak yang memenangi acara sukaneka. Tidak juga lupa kepada penderma-penderma budiman yang tidak pernah jemu2 menderma. Sumbangan anda tidak akan kami lupakan. Sehingga bertemu di lain bicara.....

"Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a; Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan." (Hadis riwayat Iman Tirmizi)


Wednesday, May 27, 2009

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP